Free Essay

Keharmonian Dan Kesejahteraan Negara

In: Social Issues

Submitted By anisaziz
Words 1316
Pages 6
LANGKAH-LANGKAH KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN NEGARA
Negara Malaysia telah menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-56 tahun dan ini melambangkan bahawa Malaysia sudah pastinya mempunyai perkembangan daripada pelbagai aspek, termasuk pembangunan negara serta pembangunan masyarakatnya. Melalui pemantapan dan gabungan dua aspek utama, iaitu negara dan masyarakat dalam keadaan harmoni, ia sememangnya mempengaruhi akan kemajuan dan arus pemodenan sesebuah negara (Wan Othman Wan Halim, 1992). Namun, teras utama dalam mencapai status negara-bangsa yang berjaya, kesejahteraan, dan keharmonian kaum merupakan aspek yang amat penting. kesejahteraan dan keharmonian antara kaum kunci kejayaan negara didalam mengharungi pelbagai rintangan selama ini, Hasilnya Malaysia mampu berdiri teguh sehingga dikagumi dunia luar. Harus di fahami usaha membangunkan negara dan pada masa yang sama mewujudkan keamanan bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakan, lebih lebih lagi dalam sebuah negara yang berbilang etnik dan agama. Namun kita bersyukur sejak sekian lama masyarakat berbilang kaum dapat hidup bersama dengan rukun dan damai. Apa yang menyedihkan kebelakangan ini ada ada sahaja berita yang cuba menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara.
Antara langkah yang dilakukan oleh negara kita untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ialah dengan menggalakkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan rakyat. Kesedaran untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara berbilang kaum seperti di Malaysia ini adalah tanggungjawab yang berat. Teras utama untuk mewujudkan perpaduan kaum adalah untuk menyedari bahawa manusia itu dijadikan Allah SWT berbangsa-bangsa, berkaum-kaum, bersuku-suku dan sebagainya. Hakikat kepelbagaian ini adalah sebenar-benarnya untuk menambahkan seri kehidupan, saling mempelajari, saling berinteraksi, dan saling bertolak ansur. Namun, manusia akan menggunakan perbezaan untuk mencetuskan konflik. Oleh itu, Rukun Negara yang dibentuk oleh pimpinan Malaysia adalah untuk mengatasi segala perbezaan yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini (Abdul Aziz dan Abdul Rahman, 2010). Hal ini demikian akan dapat mengelakkan kejadian 13 Mei 1969 agar tidak berulang lagi. Contohnya, melaksanakan program Latihan Khidmat Negara seperti yang dinyatakan oleh Ainudin, Izani dan Afifi (2004) bahawa “perpaduan masyarakat adalah prasyarat kepada pembentukkan sebuah negara . Selain perpaduan rakyat, proses penjanaan generasi muda sebagai persiapan di hari depan juga amat penting. Ini adalah kerana generasi muda pada hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Justeru, kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam usaha melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Jika dianalisa, perlaksanaan PLKN bertitik tolak atas beberapa cabaran sama ada bersifat psikologi mahupun politik. Dengan berbuat demikian, dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim tanpa mengira agama, bangsa mahupun warna kulit dan dapat mengelakkan perpecahan kaum yang membawa kepada pergaduhan. Persis kata cendekiawan, ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.’ Jelaslah harapan negara untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan akan tercapai.”

Dalam sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan sistem demokrasi, kebebasan mengeluarkan pendapat adalah salah satu hak asas dalam sistem tersebut. Sistem ini menjamin hak rakyat menyatakan pendapat dan bersuara. Namun, kebebasan bersuara setiap rakyat yang diberikan tidak boleh disalah guna sehingga menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan seperti kontroversi perhimpunan HINDRAF dan perbuatan menghina YDP Agong di laman Facebook. Dengan itu, kerajaan menggubal Akta Keharmonian Nasional menggantikan Akta Hasutan 1948. Semua peruntukan baharu yang terkandung dalam Akta Keharmonian Nasional ini secara umumnya akan member penekanan kepada usaha memupuk semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama, selain mempunyai latar politik yang berbeza (Najib, 2012).

Selain itu, mutakhir ini, pihak Kerajaan telah melaksanakan Gagasan 1 Malaysia sebagai langkah untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Hal ini demikian kerana, Gagasan 1 Malaysia ini mampu memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Menurut Aizat (2011) konsep yang diketengahkan ini menghargai dan menghormati identiti setiap etnik yang ada di Malaysia serta menganggap ia merupakan suatu elemen yang patut dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat, di samping mengakui prinsip-prinsip yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Maka, Gagasan 1 Malaysia ini akan menjadikan masyarakat di negara ini agar menghormati pegangan dan kepercayaan kaum lain kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan yang tersendiri. Natijahnya, rakyat tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti bangsa lain. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Hal ini dapat dilihat melalui perbuatan pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik mesej 'Selamat Berbuka Puasa' dalam akaun Facebook sambil menikmati bak kut teh (sup tulang babi). Justeru, memperlihatkan tiadanya nilai menghormati kaum dan agama lain dan tindakan mereka boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Intihannya, diharapkan usaha kerajaan melalui Gagasan 1 Malaysia ini akan mengeratkan perpaduan rakyat sekali gus mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara.
Seterusnya, menjalinkan kerjasama yang erat dengan negara-negara luar ataupun negara jiran terutama negara-negara ASEAN. Hal ini bersangkut paut kerana ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau serta boleh membantu dalam perkembangan ekonomi. Sebagai contoh, kerjasama sesama jiran boleh dijalinkan melalui perjanjian ekonomi dua hala. Dalam hal ini, Omar, Rusdi and Mukhtaruddin, Mas Juliana (2010) menegaskan bahawa “dasar luar dan hubungan dua hala memainkan peranan yang penting bagi sesebuah negara, bukan sahaja kerana ia dapat menjamin kepentingan negara, malah ia juga dapat menghalang ancaman pihak luar dari mengancam keselamatan negara. Selain itu, ia juga dapat mencerminkan sikap atau pendirian sesebuah negara itu dalam hubungannya dengan negara yang lain. Ia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan negara”. Maka, kerjasama yang erat ini dapat mengelakkan negara luar tidak mengganggu urusan negara masing-masing antara satu sama lain.

Bak kata peribahasa, ‘bagai aur dengan tebing.’ Dengan itu, kerjasama yang erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Bak kata pepatah, ‘bulat air kerana pembentung, bulat suara kerana muafakat.’ Dengan ini, negara akan dapat merealisasikan aspirasi 1 Malaysia yang membawa dasar ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Oleh itu, rakyat Malaysia akan sentiasa hidup dalam keadaan aman, tenang dan sejahtera.

RUJUKAN
Aizat Khairi. (2011). Konsep 1 Malaysia dan cabaran pelaksanaannya ke arah pemantapan perpaduan sesebuah Negara- bangsa. Jurnal sosiohumanika, 4(1), 58-76.

Abdul Aziz, Abdul Rahman. (2010). Rukun Negara dalam memperkukuhkan ketahanan negara.
Dlm: Seminar prosiding Nasional Ketahanan. Political Managements and Policies in Malaysia (pp. 443-457). Universiti Utara Malaysia, Sintok: Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Astro Awani. (2011). Rakyat Malaysia perlu peka sensitivi agama, kaum - Joseph Kurup.
Dicapai daripada http://www.astroawani.com/news/show/rakyat-malaysia-perlu-peka-sensitivi-agama-kaum-joseph-kurup-18252?cp
Berita Harian. (2013). Wanita hina YDP Agong ditahan. Dicapai daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WanitahinaAgongditahan/Article Omar, Rusdi dan Mukhtaruddin, Mas Juliana (2010). Dasar luar Malaysia era Dato’ Seri Mohd
Najib Tun Razak: Keutamaan dalam aspek hubungan dua hala. Dlm: Seminar prosiding Nasional Ketahanan. Political Managements and Policies in Malaysia. (pp. 173-194). Universiti Utara Malaysia, Sintok: Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib Razak. (2012). Transformasi politik mendaulatkan mendaulatkan hak asasi serta demokrasi pemerintahan rakyat untuk rakyat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.
Utusan Online. (2007). Demi negara. Dicapai daripada http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&y=2007&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm --------------------------------------------
[ 2 ]. Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif (PPP) telah memenangi kerusi manakala PAS memenangi 12 kerusi Parlimen. Kemenangan ini menyebabkan para penyokong Parti GERAKAN telah mengadakan perarakan meraikan kemenangan sambil menghina dan mengutuk orang Melayu. Keadaan ini menimbulkan ketegangan antara orang Melayu dan orang Cina.
[ 3 ]. kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) di ibu negara pada 25 November 2007
[ 4 ]. Gooi ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, kerana menghina ucapan Seri Paduka, dalam laman sosial Facebook pada 1 Jun lalu.
[ 5 ]. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup melahirkan kekesalan itu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Bengkel Penyatuan Nasional bertajuk 'Bengkel Perkongsian pelbagai Generasi Malaysia' anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Universiti Putra Malaysia, Serdang, dekat sini hari ini.…...

Similar Documents

Free Essay

Pengurusan Dan Pentadbiran

...TEORI ORGANISASI DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN SOALAN 2 Bincangkan sejauh mana penggunaan politik dalam organisasi boleh dilakukan tanpa melampaui batas etika sebagai individu/ ahli organisasi. Berdasarkan perbincangan tersebut, cadangkan dua tindakan politik yang boleh dilakukan oleh guru/ pentadbir di sekolah bagi membolehkan anda mempunyai kekuatan mempengaruhi dalam organisasi dan berpeluang memperolehi kenaikan pangkat yang cepat. Jawapan anda perlu berdasarkan perbincangan politik yang dibincangkan di dalam kelas. ................................................................................................................................................... ORGANISASI DAN TEORI Sebelum perbincangan ini dikupas dengan lebih lanjut, marilah kita memahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan organisasi. Mengikut Kamus Dewan edisi empat, organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), tersusun dgn baik dan rapi: dan mengikut kamus pelajar pula organisasi boleh didefinisikan sebagai susunan berbagai-bagai bahagian (orang dsb) yg bersistem dlm sesuatu pertubuhan, perbadanan dan sebagainya serta mempunyai tujuan tertentu. Di sini bolehlah dihuraikan sebagai sekumpulan manusia yang berkongsi matlamat. Misalnya sebuah organisasi di sekolah yang terdiri daripada pihak pengurusan, guru-guru, staf sokongan dan......

Words: 3729 - Pages: 15

Free Essay

Rukun Negara

...Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) Suite 109, Tingkat Satu, Kompleks EUREKA Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang. Oktober 2009 SENARAI AHLI PASUKAN KAJIAN Ketua Kajian Profesor Badaruddin Mohamed, USM Ahli Pasukan Kajian Profesor Ambigapathy Pandian, USM Profesor Fauziah Md. Taib, USM Profesor Yang Farina Abdul Aziz, UKM Profesor Madya Shukran Abd. Rahman, UIAM Profesor Madya Sarjit Kaur, USM Profesor Madya Rozinah Jamaludin, USM Profesor Madya Ahmad Nurulazam Md. Zain, USM Dr. Munir Shuib, USM Dr. Melissa Ng Lee Yen Abdullah, USM Dr. Vikneswaran Nair, Taylor’s University College Penyunting Teks Laporan Profesor Madya Noriah Mohamed, USM Pegawai Penyelidik Pn. Shida Irwana Omar, USM Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Akronim Pengenalan Dan Skop Kajian iv iv iv vi Bab 1 1.1 1.2 Malaysia Ke Arah Hab Kecemerlangan Pengajian Tinggi Antarabangsa, 2020 Pengambilan akademik pelajar antarabangsa di Malaysia Unjuran pelajar antarabangsa di Malaysia untuk tempoh 2009 hingga 2012 1 3 7 Bab 2 Faktor-Faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pengajian Pelajar Antarabangsa 9 Bab 3 Garis Panduan Yang Sedia Ada Berhubung Dengan Pengurusan Dan Pengambilan Pelajar Antarabangsa Di Malaysia Rekod dan prestasi IPTS Kursus yang ditawarkan Unit/Pejabat pelajar antarabangsa Kemudahan tempat tinggal Pemeriksaan keselamatan Insuran pelajar antarabangsa Dasar pemulangan yuran pengajian Makluman kepada kedutaan negara asal pelajar......

Words: 15290 - Pages: 62

Free Essay

Pemaparan Dan Analisa Kebijakan Fiskal Periode Pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono

...PEMAPARAN DAN ANALISA KEBIJAKAN FISKAL PERIODE PEMERINTAHAN SUSILO BAMBANG YUDHOYONO Disusun sebagai Makalah Akhir Mata Kuliah Perekonomian Indonesia OLEH: AHMAD MUFTI FANNANI NPM: 1006689750 UNIVERSITAS INDONESIA DESEMBER 2012 Gambaran Tujuan Kebijakan dan Peranan Fiskal Pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono 2004-2009 Kebijakan Fiskal adalah kebijakan yang dibuat pemerintah untuk mengarahkan ekonomi suatu negara melalui pengeluaran dan pendapatan pemerintah dalam bidang anggaran belanja negara. Untuk anggaran belanja Negara sendiri terdiri dari : 1. Penerimaan atas pajak  2. Pengeluaran pemerintah (government expenditure)  3. Transfer pemerintah, yang contohnya seperti pemberian beasiswa atau bantuan-bantuan, yang balas jasanya tidak secara langsung diterima oleh pemerintah. Faktor utama dari kebijakan fiskal sendiri adalah pajak dan pengeluaran pemerintah. Yang jika tingkat dan komposisi dari kedua factor ini berubah akan mempengaruhi variabel-variabel seperti : * Permintaan agregat dan tingkat aktivitas ekonomi * Pola persebaran sumber daya * Distribusi pendapatan Di Indonesia, selain tax cut (kesinambungan beban pajak) dan spending increase (kenaikan belanja pemerintah), ada lagi bentuk- bentuk lain dari kebijakan fiskal. Salah satu contohnya adalah BLT (bantuan langsung tunai), tidak sesederhana seperti yang terlihat, sebetulnya penggunaan metode BLT itu memiliki tujuan tersendiri dari pemerintah. Tentu saja tujuan akhirnya adalah untuk memperbaiki......

Words: 2076 - Pages: 9

Free Essay

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

...KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT http://www.kpwkm.gov.my/ Menteri : Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Timbalan Menteri : Senator Heng Saei Kie Objektif ✓ Memastikan tidak wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita Islam melalui peranan advokasinya dalam mempengaruhi penggubalan dasar, perundangan dan peraturan-peraturan di negara ini. ✓ Menghalusi implikasi dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan tersebut terhadap hak-hak pembangunan dan kebajikan wanita Islam. ✓ Meningkatkan pemerkasaan wanita Islam melalui inisiatif dan program-program mengenai perkara yang berkaitan dengan hak-hak akses dan peluang pembangunan diri serta keluarga di semua peringkat dan dalam pelbagai bidang Fungsi ✓ Mengenalpasti dan memperhalusi isu-isu yang dihadapi oleh wanita Islam, dan mempengaruhi dasar dan undang-undang tersebut tidak mempunyai unsur-unsur diskriminasi. ✓ Mengadakan jaringan, hubungan kerja dan usahasama dengan kerajaan luar, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan lain-lain agensi di dalam negeri bagi menjalankan advokasi melalui pertukaran pandangan dan pengalaman bertujuan untuk menerapkan prinsip dan identiti Islam sebagai agama yang adil dan tidak mendiskriminasikan wanita. ✓ Menjalankan penyelidikan, kajian dan soalselidik mengenai isu-isu, masalah, peluang serta cabaran yang dihadapi oleh wanita Islam dalam pelbagai bidang bagi membantu Kerajaan merancang dan menggubal dasar, undang-undang......

Words: 1740 - Pages: 7

Free Essay

Roda Kesejahteraan

...[pic] FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 1.0 Pengenalan Berdasarkan laman sesawang ’Definition of Wellness’, definisi bagi kesejahteraan adalah seperti berikut : “Wellness is a multidimensional state of being describing the existence of positive health in an individual as exemplified by quality of life and a sense of well-being.” iaitu kesejahteraan adalah keadaan multidimensi yang menerangkan kewujudan kesihatan yang positif dalam seseorang individu seperti yang ditunjukkan oleh kualiti hidup dan rasa kesejahteraan. Ini membawa pengertian bahawa kesejahteraan adalah satu proses aktif dalam kesedaran dan membuat pilihan ke arah kewujudan yang lebih berjaya. Proses bermaksud peningkatan adalah sesuatu yang tidak mustahil. Kesedaran ialah berterusan mencari maklumat bagaimana untuk membuat peningkatan. Pilihan pula adalah mengambil kira beberapa pilihan dan memilih yang terbaik untuk diri manakala kejayaan ditentukan oleh individu untuk menjadi koleksi kejayaan yang dicapai. Menurut Kamus Dewan pula, ”Kesejahteraan” bermaksud keselamatan, kesenangan (hidup dan lain - lain), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian, kesejahteraan adalah satu keadaan dimana seseorang itu dapat hidup dengan aman dan tenteram. Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Pusat Kesejahteraan Universiti......

Words: 1575 - Pages: 7

Free Essay

Individu, Kelompok, Dan Masyarakat

............37 Pengantar Manusia adalah mahluk ciptaan Tuhan yang paling mulia. Tuhan memberikan otak dan hati nurani kepada manusia agar manusia dapat berpikir dan memutuskan sendiri apa yang baik dan tidak baik. Otak manusia memiliki cara kerja yang berbeda-beda sehingga menghasilkan individu dengan karakter dan kemampuan yang berbeda-beda pula. Dengan segala keragaman dan perbedaannya, manusia yang pada hakikatnya adalah mahluk sosial membentuk kelompok dan kelompok-kelompok tersebut membentuk masyarakat yang terikat pada suatu tradisi dan adat istiadat dalam suatu kebudayaan yang dapat berubah seiring dengan perkembangan jaman. Fungsi Otak 1.1 Tiga Serangkai Otak (The Triune Brain) Otak memiliki tiga lapisan. Lapisan yang tertua dikenal sebagai R-complex, lapisan kedua disebut Limbic System, dan yang terakhir adalah Neocortex. Masing-masing lapisan memiliki ciri-ciri dan fungsi yang berbeda namun lapisan-lapisan tersebut saling berhubungan dan bekerja sama dalam menentukan perilaku yang akan ditampilkan oleh individu. R-complex R-complex dikenal sebagai lapisan otak yang paling tua. Lapisan ini terletak di bagian atas batang otak. R-complex juga disebut sebagai Otak Reptil karena pada reptilian, otak ini adalah yang paling dominan. Fungsinya antara lain adalah mengendalikan semua gerakan involunter dari jantung, peredaran darah, reproduksi dan sebagainya yang dibutuhkan untuk kelangsungan hidup mahluk tersebut maupun spesiesnya. R-complex juga......

Words: 7695 - Pages: 31

Free Essay

Etika Dan Bisnis

...ETIKA DAN BISNIS PENDAHULUAN Etika adalahberasal dari bahasa Yunani kuno, yaitu ethos yg berarti kebiasaan/adat, akhlak, watak, perasaan, sikap, cara berpikir. Etika merupakan ilmu yang mendalami standar moral perorangan dan standar moral masyarakat. Etika mempertanyakan bagaimana standar-standar diaplikasikan dalam kehidupan kita danapakah standar ini masuk akal atau tidak masuk akal-standar yaitu, apakah didukungdengan penalaran yang bagus atau yang jelek. Etika bukan hanya cara untuk mempelajari moralitas. Ilmu-ilmu sosial semacam antropologi, sosiologi dan psikologi juga memelajari moralitas, namun melakukannya dengan cara yang sangat berbeda dari pendekatan moralitas yang merupakan ciri etika. Meskipun etika merupakan studi normatif, namun ilmu-ilmu social terlibat dalam studi deskriptif etika. Sebuah studi normatif merupakan penelusuran yang mencoba mencapai kesimpulan-kesimpulan normatif yaitu, kesimpulan tentang hal-hal yang baik dan buruk atau tentang tindakan apa yang benar atau salah. Ringkasnya, studi normatif bertujuan menemukan apa yang seharusnya. Hal ini berbeda dengan studi deskriptif yang mana mencoba menelusuri/menginvestigasi sesuatu dan menjelaskanknya tanpa memberikan suatu kesimpulan Etika bisnis merupakan studi yang dikhususkan untuk mempelajari mengenai moral yang benar dan salah. Studi ini berkonsentrasi pada standar moral sebagaimana diterapkan dalam kebijakan, institusi, dan perilaku bisnis. Institusi yang paling berpengaruh di......

Words: 3599 - Pages: 15

Free Essay

Desentralisasi Fiskal Dan Pertumbuhan Ekonomi

...DESENTRALISASI FISKAL DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DAERAH Fiscal Decentralitation and Regional Economic Growth Murdiono1 1Inspektorat Jenderal Kementerian Keuangan, Jl. Dr Wahidin Raya No 1, Jakarta 10710, Indonesia, murdiono@depkeu.go.id Makalah diterima: 23 Februari 2015 Disetujui diterbitkan: Abstrak Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh desentralisasi fiskal terhadap pertumbuhan ekonomi daerah. Sampel yang dipilih adalah seluruh pemerintah provinsi yang menerima alokasi dana perimbangan dari tahun 2010-2013 kecuali DKI Jakarta dan Kalimantan Timur. Data yang digunakan adalah data sekunder yang dikeluarkan oleh Badan Pusat Stastisik dan Direktorat Jenderal Perimbangan Keuangan Kemenkeu. Kemudian data diolah dan dianalis melalui analisis deskriptif dan pengolahan analisis regresi berganda dengan aplikasi eviews6. Hasil penelitian menunjukkan baik secara parsial maupun bersama-sama, desentralisasi fiskal (alokasi DBH dan DAU) berpengaruh positif dan signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi (PDRB). Untuk meningkatkan kemandirian dan kesejahteraan daerah, maka daerah harus berusaha mengoptimalkan DBH, mengurangi ketergantungan terhadap DAU dan meningkatkan sumber PAD. Kata Kunci: desentralisasi fiskal, kemandirian daerah, pertumbuhan ekonomi daerah. Abstract This study aim to know the effect of fiscal decentralization on regional economic growth. The selected sample is the entire provincial governments that receive equalization fund allocation......

Words: 3959 - Pages: 16

Free Essay

Penerimaan Negara Bukan Pajak

...PENERIMAAN NEGARA BUKAN PAJAK (PNPB) I. Pengertian Sesuai dengan penjelasan Undang-Undang No. 20 Tahun 1997 tentang Penerimaan Negara Bukan Pajak (PNBP) bahwa dalam upaya pencapaian tujuan nasional sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Dasar 1945, Pemerintah menyelenggarakan kegiatan pemerintahan dan pembangunan nasional. Oleh karena itu, peranan Penerimaan Negara Bukan Pajak dalam pembiayaan kegiatan dimaksud penting dalam peningkatan kemandirian bangsa dalam pembiayaan Negara dan pembangunan Penerimaan Negara Bukan Pajak (disingkat PNBP) merupakan seluruh penerimaan pemerintah pusat yang bukan berasal dari penerimaan perpajakan. Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN) adalah wujud dari pengelolaan keuangan negara yang merupakan instrumen bagi Pemerintah untuk mengatur pengeluaran dan penerimaan negara dalam rangka membiayai pelaksanaan kegiatan pemerintahan dan pembangunan, mencapai pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pendapatan nasional, mencapai stabilitas perekonomian, dan menentukan arah serta prioritas pembangunan secara umum. APBN ditetapkan setiap tahun dan dilaksanakan untuk sebesar-besarnya kemakmuran rakyat. Penetapan APBN dilakukan setelah dilakukan pembahasan antara Presiden dan DPR terhadap usulan RAPBN dari Presiden dengan memperhatikan pertimbangan Dewan Perwakilan Daerah (DPD). Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun 2009, APBN ditetapkan dengan Undang-Undang Nomor 41 Tahun 2008 tentang Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara Tahun......

Words: 610 - Pages: 3

Free Essay

Rukun Negara

...Rukun Negara (National Principles) INTRODUCTION OF RUKUN NEGARA The Rukunegara or sometimes Rukun Negara (Malay for "National Principles") is the Malaysian dec-laration of national philosophy instituted by royal proclamation on Merdeka Day, 1970, in reaction to a serious race riot known as the May 13 Incident which occurred in 1969. The incident proved at that time that Malaysian racial balance and stability was fragile at best. Immediately thereafter, the Malay-sian government sought ways to foster unity among Malaysians. One of the methods used to encourage unity is the Rukunegara. BACKGROUND OF RK ----was formulated with the purpose to serve as a guideline in the country’s nation-building efforts. ---was proclaimed on August 31, 1970 by the Yang di-Pertuan Agong IV. OBJECTIVE OF RK • Achieving a greater unity for all her peoples • Maintaining a democratic way of life • Creating a just nation shall be equitably distributed • Ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions, and • Building a progressive society which shall be oriented to modern science and technology. Recitation It is a norm for primary and secondary public schools in Malaysia to recite the pledge weekly during a compulsory assembly. Pledge reading follows immediately after the singing of the Malaysian national anthem, Negaraku. Of some interest, the Rukun Negara could usually be found behind the cover of every exercise book that is typically used by primary and......

Words: 949 - Pages: 4

Free Essay

Hubungan Antara China Dengan Melayu Di Malaysia Dari Aspek Ekonomi Dan Politik

...diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain. Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan negeri­negeri luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Hubungan paling gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445). Sebelum kedatangan, British bilangan masyarakat Cina terlalu kecil dan terlibat dalam bidang perniagaan. Penghijrahan secara beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku selepas Inggeris mengambilalih Pulau Pinang pada tahun 1826, Singapura pada tahun 1819 dan penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan mereka berasal dari wilayah Kwangtung......

Words: 1177 - Pages: 5

Free Essay

Adat Dan Perayaan Kaum Sikh

...kajian serta kepentingan dan sumbangan yang dicapai dalam kajian ini. Antara objektif kajian yang tersenarai adalah untuk mengkaji asal usul, adat resam, dan pantang larang kaum Sikh. Selain itu, kami juga berharap agar kajian ini dapat mengkaji adat perayaan yang diamalkan oleh kaum Sikh. Melalui projek ini, kami berharap dapat mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum Sikh semasa meraikan perayaan mereka. Objektif yang keempat dan lima adalah mengenal pasti punca-punca kekurangan penglibatan masyarakat Malaysia dalam perayaan kaum Sikh dan mengenal pasti cara-cara meningkatkan penglibatan masyarakat lain dalam perayaan kaum Sikh. Seterusnya, kaedah penyelidikan yang telah kami gunakan dalam projek ini termasuklah merujuk kepada buku-buku rujukan di perpustakaan dan melayari internet. Kajian melalui pengagihan borang soal selidik juga dilaksanakan bagi mengetahui adat dan pearayaan kaum Sikh. Dapatan kajian yang diperoleh termasuk mengetahui asal usul, adat resam dan pantang larang kaum Sikh dan masyarakat Malaysia lebih memahami adat dan perayaan yang diamalkan oleh kaum Sikh. Selain itu, dapatan kaijian yang diperoleh adalah mengetahui masalah-masalah utama yang dihadapi oleh kaum Sikh semasa meraikan sambutan perayaan dan kekurangan penglibatan masyarakat Malaysia dalam perayaan kaum Sikh. Akhir kata, kepentingan dan sumbangan yang telah dicapai termasuklah kita dapat meningkatkan kesedaran kaum-kaum yang lain terhadap adat dan perayaan yang......

Words: 3707 - Pages: 15

Free Essay

Ekonomi Semasa Dan Kedudukan Kewangan Negara

...20 Jan 2015 Ucapan penuh perutusan khas Perdana Menteri tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara: 1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan.  Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini. 3. Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit. 4. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akanmengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan. 5. Dalam erti kata lain, I am here today......

Words: 3567 - Pages: 15

Free Essay

Background of Rukun Negara

...Pembentukan ideology iaitu Rukun Negara Malaysia adalah disebabkan oleh berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum. Hal ini demikian kerana pada zaman dahulu, kedatangan British serta dasar-dasar imigrasi liberal ke Malaysia telah mengubahkan gaya hidup masyarakat Malaysia. Demi mengeksploitasi kekayaan semulajadi Malaysia, pihak Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh yang banyak dari China dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan juga estet dan perbuatan ini telah menyebabkan pertambahan bilangan pelbagai kaum di Malaysia pada masa tersebut. Seterusnya, pihak British berpendapat bahawa pertambahan bilangan pelbagai kaum di Malaysia akan mengugatkan kedudukan pihak Inggeris di Malaysia , maka kerajaan Inggeris telahpun melaksanakan dasar pecah untuk memisahkan ketiga-tiga kaum utama seperti Melayu, Cina serta India dari aspek pekerjaan dan juga tempat tinggal untuk mengelakkan kewujudan perpaduan mereka. Kebanyakkan kaum Melayu akan dipindah ke desa dan hanya terlibat dalam sector pertanian manakala kaum Cina akan tinggal di Bandar dan terlibat dalam perniagaan. Kaum India pula tinggal di dalam estet-estet dan hanya sedikit daripadanya tinggal di dalam Bandar. Selain itu, dari segi pendidikan, ketiga-tiga kumpulan ini tidak akan mendapat sukatan pelajaran atau kurikulum uang sama dan keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dasar pecah ini telah berjaya dilaksanakan dan ini membawa kesan interaksi......

Words: 2327 - Pages: 10

Free Essay

Rukun Negara

...bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya. Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni. Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu......

Words: 2324 - Pages: 10